MR.DIY dinobat sebagai Pendatang Baru Terbaik dalam The Edge ESG Awards yang julung kali diadakan

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2022 - Peruncit perkakas rumah negara, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR.DIY] telah dinobatkan sebagai Pendatang Baru Terbaik dalam Kategori Ekuiti di The Edge ESG Awards 2022 yang julung kali diadakan. 

The Edge ESG Awards bertujuan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat senarai awam (PLC) dan firma pengurusan aset yang dianggap sebagai peneraju dalam standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus di Malaysia. Terdapat dua kategori dalam anugerah tersebut iaitu Ekuiti dan Dana.

Di bawah kategori Ekuiti yang dianugerahkan kepada peruncit tersebut, The Edge bekerjasama dengan Bursa Malaysia dan FTSE Russell untuk mengiktiraf PLC yang mempamerkan prestasi terbaik menggunakan metodologi FTSE. Sementara itu, untuk kategori Dana, The Edge bekerjasama dengan Morningstar, sebuah firma perkhidmatan kewangan dari Amerika Syarikat untuk mengiktiraf firma-firma pengurusan aset menggunakan metodologinya.

Sejumlah 65 Anugerah telah dianugerahkan kepada 44 buah syarikat, yang merupakan para penerima anugerah emas dan perak bagi setiap satu daripada enam kategori di bawah anugerah Ekuiti (Mengikut Sektor, Peningkatan Prestasi Paling Tinggi dalam Masa 3 Tahun, Prestasi Paling Konsisten dalam Masa 5 Tahun, Pendatang Baru Terbaik, 3 Prestasi Terbaik di ASEAN, dan Pemenang Jangka Panjang), serta lima kategori di bawah anugerah Dana (Pemenang Terbaik Keseluruhan, Dana Terbaik Berdasarkan Kelas Aset, Terbaik dalam Impak E, S, G, dan Terbaik dalam Rendah Karbon).

Mengulas tentang anugerah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR.DIY, Adrian Ong berkata, “Amalan kelestarian telah menjadi teras operasi kami sejak syarikat ditubuhkan pada tahun 2005. Kami sedia maklum bahawa pihak-pihak berkepentingan ingin tahu bagaimana ia diterapkan ke dalam visi, budaya dan operasi kami, dan inginkan jaminan bahawa kami bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan memberi respon terhadap keperluan komuniti di mana kami beroperasi. Sebagai peruncit perkakas rumah terkemuka negara, dan sebagai salah sebuah syarikat terbaik dalam bursa saham Malaysia, kami menjadikan ia sebagai satu tanggungjawab untuk menetapkan penanda aras dalam prinsip dan amalan kelestarian dalam semua aspek operasi kami. Anugerah ini mengiktiraf komitmen syarikat untuk mengembangkan perniagaan secara lestari dan mencipta nilai yang boleh dikongsi bersama untuk semua pihak berkepentingan. Kami ucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan panel hakim kerana telah mengiktiraf usaha-usaha kami.”

Beliau menambah bahawa kemampanan adalah sebuah perjalanan, dengan penglibatan luar dan asas ketelusan untuk mencapai kemajuan yang ketara, “Industri peruncitan memerlukan amalan-amalan kelestarian ini dan diterajui secara usaha bersama, kerana kami terhubung melalui rangkaian yang saling berkait rapat dengan pelbagai pihak. Kejayaan kami berpunca daripada hubungan dan kerjasama baik yang saling menguntungkan, dan diterapkan ke seluruh rantaian nilai kami bersama para pelanggan, vendor, pengawal atur dan kesemua komuniti di mana kami beroperasi.”

Tambah Ong, dalam pada Kumpulan tersebut meneruskan perjalanannya ke arah integrasi kelestarian, ia juga menyedari keperluan untuk memastikan model perniagaannya kekal utuh dalam mengharungi risiko-risiko luaran yang berkait dengan kelestarian.

Oleh itu, beliau berkata Kumpulan tersebut komited untuk memastikan akses kepada produk-produknya yang “Always Low Prices”, dan berusaha mengembangkan rangkaian produk-produk mesra alam yang ditawarkan di cawangan-cawangannya, dengan sasaran untuk meningkatkan jualan produk-produk mesra alam sebanyak 10% menjelang 2030 bagi mengukuhkan lagi komitmennya terhadap amalan-amalan kelestarian. Bagi memastikan Kumpulan tersebut meneruskan trajektori ini, ia telah menetapkan pelbagai matlamat jangka panjang yang diselarikan dengan strategi yang jelas, sasaran yang tetap dan tindakan yang tegas.

Acara The Edge ESG Awards 2022 yang diadakan buat julung kali ini telah berlangsung di Sunway Resort Hotel, Selangor, pada 28 November 2022.  Secara keseluruhannya, 44 buah syarikat diiktiraf dalam enam kategori bagi anugerah Ekuiti, dan lima kategori di bawah anugerah Dana.

Ini merupakan anugerah berkaitan ESG yang pertama diterima oleh MR.DIY. Peruncit tersebut telah menerima pelbagai anugerah lain tahun ini termasuklah Anugerah Serantau seperti “Jenama Peruncitan Perkakas Rumah Terbaik” di empat pasaran dalam World Branding Awards, “Syarikat Terurus Terbaik” dari Deloitte Private dan “Syarikat Terbaik 2022 dalam Industri Peruncitan Perkakas Rumah” dari Frost & Sullivan untuk tahun kedua. Peruncit tersebut juga dinobatkan sebagai “Syarikat Paling Menyerlah - Sektor Budi Bicara Pengguna'' dalam “Asia’s Outstanding Companies Poll 2022” oleh ASIAMONEY. Kumpulan MR.DIY juga telah disenaraikan dalam FTSE4Good Index Bursa Malaysia pada tahun 2021.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR.DIY, www.mrdiy.com, dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram.



The Edge ESG Awards 2022

MR D.I.Y. adalah pemenang anugerah Emas untuk Pendatang Baru Terbaik dalam kategori Ekuiti 

di The Edge ESG Awards 2022 yang julung kali diadakan.